Penafian Tuntutan Kursus

Pengarang menafikan sebarang tanggungan peribadi, kehilangan, atau risiko yang berlaku akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat atau nasihat yang terkandung di dalam kursus ini, sama ada secara terus atau tidak terus. Lagipun, pengarang tidak menjamin bahawa pembaca maklumat ini akan meraih keuntungan daripada maklumat yang terkandung di dalam kursus ini. Apa-apa yang berkaitan dengan sebutan dan janji untuk membuat duit, sama ada secara terus terang atau sebaliknya, adalah semata-mata berasaskan pendapat pengarang tentang maklumat yang terkandung di sini melalui kerja-kerja peribadi di dalam bidang ini. Dalam setiap perniagaan, terpulanglah kepada pemilik perniagaan individu tersebut untuk memastikan kejayaan perniagaannya. Anda boleh membuat lebih banyak atau kurang keuntungan daripada  apa yang didakwa oleh program di sini. Pembeli amat disarankan supaya menghubungi dan mematuhi apa-apa juga peraturan, cukai, atau kawalselia yang mungkin dilakukan oleh agensi setempat dan jajahan, negeri, dan persekutuan terhadap perniagaan sebegini. Pengarang tidak berniat untuk memberikan sebarang nasihat perundangan, perakaunan atau profesional lain yang terkandung di dalam kursus ini.

Notis Hakcipta

Sesiapa yang didapati menjual naskhah cetak rompak buku kami atau menggunakan cap dagang/teks hakcipta atau gambarfoto kami tanpa keizinan akan diadukan kepada syarikat pembilan mereka, syarikat utama mereka, dan mana-mana syarikat yang berkaitan untuk penutupan akaun. Kami juga akan mengambil tindakan susulan iaitu tuntutan guaman pelanggaran hakcipta menurut Akta Hakcipta Milenium Digital (DMCA).

PENAFIAN TUNTUTAN PEROLEHAN DAN PENDAPATAN

Kami telah mengambil segala usaha untuk memastikan bahawa kami mempersembahkan produk dan perkhidmatan serta potensi kedua-duanya dalam memberikan pendapatan, dengan seberapa tepat yang dapat. Penyata perolehan yang dibuat oleh syarikat kami dan pelanggannya adalah anggaran kepada apa yang kami fikir anda berupaya memperolehinya. Tiada jaminan bahawa anda akan memperoleh pendapatan pada tahap ini dan anda menerima risiko bahawa penyata pendapatan adalah berbeza menurut individu.

Seperti mana-mana juga perniagaan, hasil keputusan anda mungkin berubah-ubah dan berasaskan kepada keupayaan individu, pengalaman perniagaan, kepakaran dan tahap keinginan anda sendiri. Surat akuan dan contoh yang digunakan adalah keputusan yang istimewa dan berkecuali, yang tidak boleh digunapakai kepada pembeli biasa, dan tidak bertujuan untuk mewakili atau menjamin bahawa sesiapa jua akan mencapai keputusan yang sama atau serupa. Setiap kejayaan individu bergantung kepada latar belakang, dedikasi, keinginan dan juga motivasi sendiri.

Tiada jaminan bahawa contoh perolehan masa lalu dapat disalin untuk masa hadapan. Kami tidak menjamin keputusan dan/atau kejayaan anda pada masa hadapan. Terdapat beberapa risiko yang tidak diketahui dalam perniagaan dan di Internet yang tidak dapat kami ramalkan, yang dapat mengurangkan keputusan atau hasil. Kami tidak bertanggungjawab terhadap tindakan anda.

Penggunaan maklumat, produk, dan perkhidmatan kami haruslah berasaskan kepada ketekunan anda sendiri dan anda bersetuju bahawa syarikat kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kejayaan mahupun kegagalan perniagaan anda yang berkait sama ada secara terus atau sebaliknya kepada pembelian dan penggunaan maklumat, produk dan perkhidmatan kami.